Rabu, 7 November 2012

SUSAH SENANG BERSAMA KORANG TERSAYANG

KAKAK KELIMA
                                                                   
KAKAK KEMPAT
KAKAK KETIGA

KAKAK SULUNG


ADIK LELAKI BERBAJU MELAYU

ADIK PEREMPUAN & ANAK BUAH

KAKAK YANG KEDUA

Selasa, 13 September 2011

Haram menikahi gadis satu kampung (mesti baca)

Majlis Mufti telah mengeluarkan fatwa baru.Setelah diadakan perbincangan dan diskusi diantara para mufti dan ahli ulamak, memberikan fatwa padatanggal 3 Ogos tahun 2004:

"HARAM HUKUMNYA BAGI SEORANG MUSLIM LAKI-LAKI UNTUK MENIKAH DENGAN GADIS SATU KAMPUNG" (baca lagi bagi mengelakkan kekeliruan)

Fatwa Majlis Mufti ini telah menimbulkan perdebatan dan bantahan yang sangat sengit antara yang pro dan kontra. Bahkan banyak pihak yang menyatakan bahwa Majlis Mufti telah mengambil keputusan yang tersebut tidak munasabah dan terburu buru.

Wartawan Berita Harian telah meminta pegawai kanan Majlis Mufti untuk memberi ulasan yang mendalam sebab sebab Majlis tersebut mengeluarkan fatwa sedemikian. Inilah isi wawancara tersebut:

Wartawan: Bagaimana Majlis Mufti boleh mengeluarkan fatwa haram untuk menikahi gadis satu kampung?

Pegawai Kanan : Bagaimana tidak haram, sedangkan menikahi empat orang wanita sahaja sudah berat, apalagi satu kampung! hehehehehe...

Sabtu, 11 Jun 2011

PERMATA YANG HILANG

NAMA: FARIDAH MAT NOR
ALAMAT: KAMPUNG JOH LABOK 18500 MACHANG KELANTAN
NAMA IBU: ZAINAB DERAMAN
STATUS: DALAM KENANGAN
ANAK: 6 ORANG(5 PEREMPUAN 1 LELAKI)

Mak aku ni seorang yang penyabar dan kuat semangat. Mengharungi liku-liku kehidupan dengan penuh kesabaran dan kedukaan. Tabah hati dengan kepercayaan terhadap qada' dan qadar, percaya Allah sentiasa disamping orang2 yang beriman dan sabar. Menamatkan riwayatnya dengan penuh kesyahduan dan kesedihan meninggal anak-anak yang tercinta dengan linangan air mata kerinduaan anak-anak. Pergi mengadap illahi bagi memenuhi fitrah kehidupan manusia seminggu selepas arwah nenek( zainab deraman) meninggal dunia. Bagai jatuh di timpa tangga,memang pedih sangat 2 orang tersayang pergi dalam satu minggu. Aku masa tu memang tidak tahu apa erti perpisahan, yang aku tahu mintak susu dan nangis. Hari makin hari makin aku terasa kehilangan satu permata yang amat bernilai yang telah di anugerahkan Allah. Al-Fatihah buat ibu yang telah pergi 28/8/1996 dan nenek 20/8/1996.

MEMORIAL ANAK DESA
Becah,lumpur,sungai,parit,haruan,keli,puyu memang sebati dengan anak desa macam aku ni..Kehidupan yang sederhana di kampung sudah cukup memberikan kebahagiaan buat aku dan kawan-kawan tercinta. Permandangan yang indah telah membuat aku sentiasa merindui kampung halaman aku.Walaupun tidak mewah,keakraban penduduk kampung telah mengajar aku supaya sentiasa menjaga silaturrahim antara sesama manusia.

Kehilangan yang tercinta
Setiap apa yang terjadi mesti ada hikmah disebalik kejadian,adakala kita suka adakala kita bersedih. Bagi ak bersedih dalam kedukaan lebih baik daripada bersedih dalam kegembiraan,ia mengajar aku menjadi seorang anak desa yang berjaya. Pemergiaan bonda tercinta tatkala aku masih menyusu, pakai selipar pun masih terbalik lagi, tidak tahu lagi tentang hal-hal duniawi tetapi sudah menanggung derita ketagihan kasih sayang ibu, terima kasih Ya Allah kerana engkau telah mengajar aku apa itu hikmat di sebalik kejadian, kalau la ibuku dipanjangkan rezekinya untuk terus berada dimuka bumi ini, aku rasa aku mungkin akan derhaka kat dia, tetapi alhamdulillah, Allah Maha Adil dia bagi kesusahan kat aku tetapi dibalas dengan berganda kebahagiaan untuk aku dan keluarga.

Kehidupan bersama kakak,kakak-kakak aku adalah mak aku
Tugas sebagai mak diserahkan kepada kakak aku supaya menjaga aku, memang betul la hidup dengan kakak ni mesti diajar hidup di atas kaki sendiri. Tiada apa-apa special berbanding orang yang ada mak, kawan-kawan lain apanggil mak,ummi,ma tapi aku hanya sekadar dengar, nak panggil mak(mek) dah tiada makna pun,hanya boleh panggil dalam doa. Kakak-kakak semua menjaga aku sebaik mungkin selepas ayah kawin lain setelah setahun pemergiaan arwah mak dengan alasan aku mesti dapat kasih sayang dari mak walhal ianya sekadar mak tiri. Mak tiri memang baik tapi maaf, kehidupan aku memang lebih selesa dengan kakak-kakak aku yang tecinta. Susah senang biar aku dengan kakak je rasa. Makan minum,pakaian,sekolah semua kakak yang tanggung. Ayah aku memang baik tetapi tegas, dia sebagai back up kepada aku dan kakak.

Rabu, 8 Jun 2011

SAHABATKU, KELUARGAKU..

PENGALAMAN 5SC1

REKREASI & SUKAN

UiTM DIHATIKU

5SC1 2008

ZAMAN MUDA


SAING KACIP

                                                           GENG-GENG BAS SEKOLAH