Sabtu, 11 Jun 2011


MEMORIAL ANAK DESA
Becah,lumpur,sungai,parit,haruan,keli,puyu memang sebati dengan anak desa macam aku ni..Kehidupan yang sederhana di kampung sudah cukup memberikan kebahagiaan buat aku dan kawan-kawan tercinta. Permandangan yang indah telah membuat aku sentiasa merindui kampung halaman aku.Walaupun tidak mewah,keakraban penduduk kampung telah mengajar aku supaya sentiasa menjaga silaturrahim antara sesama manusia.

Kehilangan yang tercinta
Setiap apa yang terjadi mesti ada hikmah disebalik kejadian,adakala kita suka adakala kita bersedih. Bagi ak bersedih dalam kedukaan lebih baik daripada bersedih dalam kegembiraan,ia mengajar aku menjadi seorang anak desa yang berjaya. Pemergiaan bonda tercinta tatkala aku masih menyusu, pakai selipar pun masih terbalik lagi, tidak tahu lagi tentang hal-hal duniawi tetapi sudah menanggung derita ketagihan kasih sayang ibu, terima kasih Ya Allah kerana engkau telah mengajar aku apa itu hikmat di sebalik kejadian, kalau la ibuku dipanjangkan rezekinya untuk terus berada dimuka bumi ini, aku rasa aku mungkin akan derhaka kat dia, tetapi alhamdulillah, Allah Maha Adil dia bagi kesusahan kat aku tetapi dibalas dengan berganda kebahagiaan untuk aku dan keluarga.

Kehidupan bersama kakak,kakak-kakak aku adalah mak aku
Tugas sebagai mak diserahkan kepada kakak aku supaya menjaga aku, memang betul la hidup dengan kakak ni mesti diajar hidup di atas kaki sendiri. Tiada apa-apa special berbanding orang yang ada mak, kawan-kawan lain apanggil mak,ummi,ma tapi aku hanya sekadar dengar, nak panggil mak(mek) dah tiada makna pun,hanya boleh panggil dalam doa. Kakak-kakak semua menjaga aku sebaik mungkin selepas ayah kawin lain setelah setahun pemergiaan arwah mak dengan alasan aku mesti dapat kasih sayang dari mak walhal ianya sekadar mak tiri. Mak tiri memang baik tapi maaf, kehidupan aku memang lebih selesa dengan kakak-kakak aku yang tecinta. Susah senang biar aku dengan kakak je rasa. Makan minum,pakaian,sekolah semua kakak yang tanggung. Ayah aku memang baik tetapi tegas, dia sebagai back up kepada aku dan kakak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan